Solat vs Sembahyang
Mesti semua tertanya-tanya kan ape maksudnye SOLAT vs SEMBAHYANG... (bile otak jam dgn pembacaan tuk study week) Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada
menggunakan istilah “SEMBAHYANG” yang merujuk kepada “SOLAT”
Tetapi pada hakikatnya, istilah “SEMBAHYANG” mempunyai
maksud atau pengertian yang terdapat unsur “SYIRIK”
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya,
membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang
di ambil daripada perkataan “SEMBAH” dan “HYANG” yang
merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan
sebagai “MENYEMBAH BERHALA YANG BERNAMA HYANG.”
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah
datangke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM),
iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah
“Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama
Hyang.”
Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan
Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana
memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.
Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “SOLAT” juga
diistilahkan sebagai “SEMBAHYANG”, yang mana pada asalnya
kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama
Hyang.”
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan
anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!.
pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!.
Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa
hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting.
Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama
dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati
dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
menyampaikan ilmu itu wajib bagi Umat Islam...
SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.
No comments:
Post a Comment