Friday, December 3, 2010

:::nk blik dah:::

alhamdulillah
stlh brtgkus lumus hmpr 2 miggu exam, berakhir la smlm....
insyaAllah slps ni tawakal je ngan jawapan yg ditulis....
aku harap sume kwan2 brjaya n dpt dekan sumenyer....
arini dh nk blik...
diharap sume blik dgn slmt....
diksmptn ini,
aku nk mntk maaf skiranye ade wat salah dlm sedar @ tak....
aku hanya mrncg tp Allah mnentukan sglanye....
insyaAllah jumpe lg bln 1 nanti....
wassalam....

Thursday, December 2, 2010

Tiba2 trigt 1 ayat drpd 1 buku yg prnah aku baca...

Kalau duduk dlm majlis ilmu, lama pun x pe,
sbb malaikat akan turun,
malaikat akan buka sayap untuk kita.
Jadi macam atap.
Nanti apa sj yg ade di langit dan bumi termasuk ikan2 kat laut akan minta ampun untuk kita.

Wednesday, November 10, 2010

:::jika belum siap. cintai ia dalam diam:::

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, Allah melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

~~Sesungguhnya~~

Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit-Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga khauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit-Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat-Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada-Mu Ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku
Adalah milik-Mu

Monday, November 8, 2010

::::lupa sgt2::::

assalamualaikum wbt...
sbnrnye dh lame rase nk update blog hari2, tp x tau nk tulis ape......
insyaAllah
slps ini aku akan berkongsi tntg kata2 hikmah, luahan hati dan perkongsian ilmu....
sbnrnye aku ade 1 cerita tntag kawan baik aku semasa kt matrik Changlun, Kedah dulu....
aku terlupe sgt2 nk wish hari lahir die pd 19 Oktober yg lalu, tu pun kawan baik yg sorang lagi bgtau, dh nk dekat sebulan dah....
bukan sengaja tapi krna kekangan yg berlaku....
firstly,,,lepas abih matrik pd 2009, aku dh smpan date yg penting2 dlm h/phone tp stlh msuk u, handset tu rosak, so terpaksa la gune handset br, x dijangka prkara ni akan jadi...
then,,,x de kredit n mase die tepon pada 23 Oktober ari2 aku x sempat nk jawab coz ade tournament bola tampar....
so, Nurul Shahada, sory sgt2 coz terlupe n for Nor Syazwani Mohd Nasir lain kali bgtau awl2 sbb pelupe orgnye....



ni lah kwn baik aku, Nurul Shahada n Nor Syazwani Mohd Nasir...
diharap aku x lupe lg utk tahun2 sterusnye.....
smge ikatan yg terjalin antara kite x kan terputus dek kejauhan antara kite utk mencari ilmu Allah SWT.....

Monday, October 18, 2010

9 oktober 2010

salam...
tepat pukul 9.30 mlm ari2 ktorg satu rumah brbincang psl masalah yang melanda kitorg...
so ktorg pun pecah masuk...hehehe wat kerja jahat la katakan...jd kitorg pun bncg dgn kawan yg ade mslh ni...mujurlah kak nana x de...kalu die ade konfom lg pnjg discussion ktorg...hehehe jgn marah kak nana...sblm ni dh nasihat tp cam biase lah...msk telinga kanan keluar telinga kiki...atau janji x wat lagi...pah2 still wat lg...apo kono eh jang...last2 iza yg sembur n banyak cakap...yg len just top4 je....2 pun masih x nk ngaku lg ape salah die n masih menipu dgn ktorg.....so ktorg x leh wat pe la....esknya die ckp pakwe die nk pnjm duit padahal diaorg br knl n tu pun melalui facebook....ktorg laki 2 x leh caye tp die wat biase ar.....huhuhu...ktorg pun ape lg.....wat dunno jelah.....smpai skrg die masih rase die mampu nk berahsia dgn ktorg.....so ktorg wat biase jelah.....layan x layan die.....kdg2 ktorg ni jahat gak tp dah kite nk tolong then die wat dunno je....2 pun dh banyk kali ktorg offer....so skrg ktorg x kisah dah....nk citer blh citer tp kalu x nak ktorg 10 kali x nak tau....huhuhu....luahan seorang teman.....wassalam

Wednesday, August 18, 2010

bila paderi terpaksa buka rahsia......

Cerita ini dipetak daripada artikel kawan sy.....

Bismillahirrahmanirrahim

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.'

Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya,

'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah.. .' dia berkata,

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ' (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.' (Al-Anbiya': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! '

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**

NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak.

Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam.

Saturday, July 17, 2010

renungan bersama.....


for along time i x write in my blog....
d kesempatan ini aku nk kongsi sdkit kata2 yg direka sendiri....

kadang2 apabila kita berada d atas,
kita lupa org yg berada d bawah dan.....

kadang2 apabila kita berada d atas,
kita lupa akan kelebihan n kebaikan yang orang lain buat pada kita......

kadang2 apabila kita berada d atas,

kita alpa dengan jawatan yang kita pegang....

kadang2 apabila kita berada d atas,

kita lupa akan tanggungjawab kita kepada yang Maha Berkuasa.....
kadang2 apabila kita berada d atas,
kita mula mengenal erti bebanan pemikiran.....
tetapi.....
kadang2 apabila kita berada d atas,
kita mestilah menghargai orang d sekeliling kita dan mencuba sebaiknya agar tidak mengguris perasaan mereka....


jadi.....

mudah-mudahan diriku ini menjadi lebih baik dr semalam....n...
mudah-mudahan diriku tidak alpa dlm mencari keseronokan n keasyikan dunia semata2...
mudah-mudahan diriku ini sentiasa menghargai orang2 yang ku sayangi....
mudah-mudahan diriku tidak lupa akan jasa dan kebaikan kawan2ku...
mudah-mudahan diriku ini tidak lupa akan kekuasaan-Nya....

Friday, April 30, 2010



...cinta kepada Ilahi adalah cinta yg sepatutnya d cari oleh semua orang...

...kerana Dialah yg mmberikan kemudahan kpd kita....

... walau apa pn yg berlaku, kepasrahan kpd yg ALLAH YANG SATU itu penting...

...Allah mewujudkan insan adalah utk saling sayang antara satu sama lain...

...Ya Allah,kau peliharalah hatiku ini agar bisa meneguhkan pendirianku ini n tidak mudah

goyah oleh keasyikan dunia...

...agar sentiasa mncari cinta-Mu n keredhaan-Mu ...

...Ya Allah, jika hati ini terpaut pada seseorang...

...Kau peliharakanlah hatiku agar sentiasa taat kpd-Mu dan ...

...Kau jadikan orang yg aku suka itu menyukai ku kerana-Mu ...

...Ya Allah, Jika dia benar utkku,kau dekatkanlah

dan jika dia bukan utkku, kau jauhkanlah...

... Ya Allah, kau peliharalah kawan2 ku agar mereka tidak mudah goyah dgn

fatamorgana dunia dan tetapkan hati mereka agar tidak mudah menyerahkan cinta n

maruah mereka dgn murahnya kpd manusia2 yg hanya tahu menghisap madu sahaja .....

... Ya Allah, jika aku melakukan dosa ketika mengejar kehidupan dunia

Kau ampunkanlah dosa hamba-Mu yg lemah ini ....

... Ya Allah, Kau peliharalah keluargaku agar sentiasa saling sayang antara satu sama lain ...

... Ya Allah, jadikanlah aku sekuntum bunga yg mekar mewangi yg mnjaga

madunya drpd dihisap oleh kumbang yg jahat ...

... Ya Allah, jadikanlah aku seorang muslimah yg memilih cinta yg cintanya lebih

menyintai-Mu ...

... Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jadikanlan dia seorang yg sentiasa beriman kpd-Mu ...

SATU CINTA

... Cinta pada bunga, bunga akan layu

Cinta pada manusia, manusia akan mati

Cinta pada Allah, kan kekal selamanya....

Sunday, January 24, 2010

.....sem2 kat matrik dulu......

nilah budak2 laki kelas aku....yang tengah2 tu lecturer dinamika....dia 2 amat2 lah lucu n happening.....kitaorg asyik dok ketawa je....


gambar yang pegang belon n hadiah 2 mase wat jamuan last sem....

salam sume.....
nilah gambar sem 2 kat matrik ari 2.. .
ni mase kls n jamuan ....best la kalu dapat jmpe balik

Thursday, January 14, 2010

Assalamualaikum n gud morning....nei first time create blog....hehehe,,sape2 plz help me 2 make this blog so nice..tq