Sunday, January 1, 2012

:::solat vs sembahyang:::



Solat vs Sembahyang

Mesti semua tertanya-tanya kan ape maksudnye SOLAT vs SEMBAHYANG... (bile otak jam dgn pembacaan tuk study week) Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada
menggunakan istilah “SEMBAHYANG” yang merujuk kepada “SOLAT”
Tetapi pada hakikatnya, istilah “SEMBAHYANG” mempunyai
maksud atau pengertian yang terdapat unsur “SYIRIK”

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya,
membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang
di ambil daripada perkataan “SEMBAH” dan “HYANG” yang
merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan
sebagai “MENYEMBAH BERHALA YANG BERNAMA HYANG.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah
datangke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM),
iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah
“Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama
Hyang.”

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan
Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana
memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.
Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “SOLAT” juga
diistilahkan sebagai “SEMBAHYANG”, yang mana pada asalnya
kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama
Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan
anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!.
pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!.
Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa
hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting.
Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama
dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati
dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

menyampaikan ilmu itu wajib bagi Umat Islam...

selamat beramal n renung-renungkan...

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Friday, September 16, 2011

:::beruntunglah anda seorang wanita:::




1) Dia bekerja dengan Tuhan, jadi 'kilang'manusia. Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh ..7-15 hari sebulan dia tak wajib solat tetapi Allah anggap diwaktu itu solat terbaik darinya.

2) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari solat, solat itu wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawa

3) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

4) Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

5) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami.
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

6) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahala kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

7) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah.
Segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya dan semua lelaki faham hati naluri wanita dan isteri agar tidak derhaka dengan-Nya


Di harap entry ini dapat memberi keinsafan pada semua orang...